Saya selalu mengingatkan diri untuk tidak memaksa anak anak saya
belajar. Saya mahu dia belajar bukan atas paksaan tetapi atas kemahuan dan kerelaan diri dia
sendiri. Perlu sentiasa kreatif untuk menarik minat mereka mempelajari
sesuatu. Agak merunsingkan juga apabila berpindah ke mari . Bimbang anak
anak tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dan berinteraksi dengan
orang lain dengan lancar kerana masalah komunikasi. Tapi alhamdulillah
syukur segalanya dipermudahkan.Sebelum ini walaupun tidak menggunakan
Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi di rumah saya tetap menambah
vocabulary mereka sebanyak mungkin ketika berada dirumah. Ini sebagai
persediaan asas untuk anak anak sebelum bertutur Bahasa Inggeris secara
menyeluruh. Semasa kami mula mula sampai pada 3 bulan yang lalu, anak
-anak masih malu malu untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Tapi
setelah tiga bulan berada di sini perubahan telah berlaku sedikit demi
sedikit.Salah satu daripada sebabnya adalah cuba mendekati secara lisan.
Di sebabkan kami mempunyai banyak masa terluang dirumah saya mengambil
keputusan untuk mendekatkan mereka melalui pembacaan. Kami jadikan
pinjaman buku dan bacaan sebelum tidur sebagai satu aktiviti rutin.Ini sebagai usaha utama untuk persediaan bagi latihan membaca pula
nanti. Selain daripada itu disebabkan kanak kanak suka sangat menonton rancangan animasi maka kami benarkan masa terluang mereka digunakan untuk melihat
rancangan tersebut. Antara contoh rancangan animasi yang bagus untuk tontonan dan
latihan komnikasi adalah seperti di bawah Peppa Pig salah satu daripada British children's animated television series. Selain itu Ben and Holly Little Kingdom juga merupakan British animated pre-school children's television series . Selain plot penceritaan yang baik , karektor dan gaya bahasa yang bersahaja dan mudah difahami amat menarik minat golongan kanak kanak.


Buat masa ini komunikasi mereka masih di tahap 78% dan masih banyak yang perlu dibaiki. Walaubagaimana pun, sebagai seorang ibu saya cuba sedaya upaya memperbaiki mutu komunikasi mereka agar tidak ketinggalan daripada kanak kanak lain.