Thursday, 19 September 2013

Jejak Nottingham


Sampai sahaja di Birmingham Airport menandakan semakin hampir kami dengan tempat yang hendak dituju.Keluar dari kapal terbang angin sejuk menyapa kami.Sejuknyalah. Suhu masa kami sampai adalah 18 darjah celcius. Masa di Amsterdam tak terasa sejuknya kerana duduk dalam airport sahaja. Sekarang baru tahu keadaan sebenar.Masa ni baru terasa perubahan cuaca.Menggigil jugaklah.Sempoi betul kastam di Birmingham. Tak ade check ape pon. Dokumen pon tengok lebih kurang sahaja.Senang cerita mudah sungguh nak masuk England ini. Airport nya pon agak lengang pada masa tu. Kami pon terus menuju untuk mengambil harta benda kami yang dibawa dari Malaysia. Kelakar betul, dekat tempat beg tu nampak seketul seketul bag kami yang 9 biji tu berpusing pusing. Kami kira antara penumpang terakhir yang collect bag. Memudahkan lagi sesi meletak beg di troli. Sebelum keluar airport tanya tempat teksi.Dapat teksi kami terus blah. Ambil masa dalam 1 jam 10 minit dari airport ke Nottingham.

 

 Mr Hubby yang keletihan tahap tertinggi. Masa dalam van ni semua  orang dah tak bermaya. Nak jumpa tilam saja kalau boleh.


Gambar di atas di ambil di sekitar kawasan kejiranan host kami Dr Nassir. Kami salah bagi info  tarikh sampai. Mereka ingat kami patut sampai semalam. Sekali sampai hari berikutnya pukul 4 petang. Maka berkampunglah kami di rumah Dr Nassir. Dr Nassir dan Dr Rina tinggal bertiga bersama baby Adina yang kuat senyum. Ini area Dunkirk kalau tak silap.


Ni bilik yang kami duduki sepanjang 5 hari tinggal dengan host. Alhamdulillah selesa sungguh. Macam biasa si kembar ini memang sentiasa riuh tak kira dimana. Rumah ini 3 tingkat. Si kembor yang jakun dengan tangga ni turun naik ikut suka hati diorang saja.







Si kembor jalan jalan dengan Mama n Aunty Rina.Sambil kenal kenal area sekitar. Hari hari datang untuk pergi main di taman. Actually kawasan ini dah masuk area university .Dalam tempoh empat hari itu macam macam dapat di settlekan. Allah permudahkan untuk kami dapat rumah dalam tempoh yang singkat. Mujurlah.sebab bimbang juga kalau mengganggu urusan Phd Mr Hubby kalau lambat sangat nak settle down. Lagi pun kami tidak mahu menyusahkan Host kami yang dah banyak membantu dalam urusan sewa rumah dan lain lain.

Wednesday, 18 September 2013

5 Jam di Airport Schiphol Amterdam



 Setelah dimanjakan dalam penerbangan MAS bisness class kembalilah kami ke dunia realiti. Ok dah sampai Amsterdam. Ahh dapat keluar dari kapal terbang, seronok rasanya. Orang yang paling gembira tentulah 2 orang kanak-kanak Ribena ini. Setelah ambil satu troli untuk isi barang maka bergeraklah 4 beranak ini yang keletihan perlahan lahan cari dulu tempat mana nak check in untuk flight berikutnya.



Airport Schiphol ni lebih kurang KLIA saja. Besar atau tidak itu tak dapat dipastikan kerana kami berlegar area yang perlu sahaja, maklumlah letih. Jenuhlah juga berjalan nak ke tempat check in untuk ke Bermingham pula. Tapi Mat Salleh kat sini jalan laju betul. Walaupun pakai boot tumit tinggi. Sekelip mata sahaja dah potong kita. Lagi satu menurut perhatianku mana mana pegi tong sampah ada dua jenis. Sampah biasa and plastic. Kira untuk recycle lain sampah biasa lain. Diorang ni memang minatla bab save the earth and stay green ni. Kadang nak buang sampah pon serba salah tong yang mana.

Dah tahu tempat check in berikutnya kami pon pergilah cari tempat lepak. Sebab bawak duit dalam pound kena tukarlah sikit dalam euro. Bukan nak beli ape pun. Kami still kenyang sebab dah makan macam macam dalam flight tadi so just beli minuman ,coklat dan kacang untuk 2 orang kanak kanak ribena ni. Masa nak bayar sempat pula berbual dengan minah casher kat kedai tu. Kebetulan nama kami sama. Ramah orangnya dari awal dah disapanya, 'Malaysian?' Tercuak sikit. Nak kata melayu kulit agak gelap daripada everage melayu plus tak pakai tudung tapi muka nampak asian. 'Saya Indonesian'. Tersenyum lebarku disitu. Tak terasa asing lagi. Kita bila serumpun tapi berada di negara asing terasa bersaudara. Dia Indonesian yang ikut ibunya berhijrah ke situ dan berkahwin dengan penduduk tempatan kemudian menetap di situ. She still a student tapi keje part time di situ.



Muka-muka keletihan sahaja yang dapat dipamerkan dalam entry ni .Encik Hubby memang tak akan lena tido ditempat yang tak selesa. Maka aksi muka empat belas sahaja yang menghiasi gambar-gambar di Schiphol Airport ini. Sampai masa kami pon pergi check in. Leceh jugak la pemeriksaannya sampai kena bukak kasut , then scan kasut. Kalau tali pinggang pon kena buka juga. Asal ada unsur metal skit kena scan la. Tapi sekejap sahaja prosedur  itu. Then naik la kami penerbangan seterusnya menuju ke Birmingham pada pikul 10 :45 pagi. Pada masa ini kami agak lost track tentang waktu kerana ada tambahan atau tolakan satu jam daripada waktu sedia ada. 

Masuk sahaja dalam perut kapal terbang mata terus tertangkap stewardess Mat Salleh yang besar besar and dalam lewat 30 an. Stewardess MAS kecil kecil cek mek molek  Mula mula tu rasa tak selesa la. Pernah dengar orang kata stewardess mat salleh ni garang and kasar. Tapi layanan mereka ok jer. Seragam mereka comel warna biru kain sekolah. Kami duduk row paling blakang sekali. Berdekatan dengan dapur plane. Penerbangan 40 minit tu dihidang dengan air coke dan jus. Makanan ringan pula cookies manis and masin. Kanak kanak ribena ni dapat set mewarna seorang satu. Tapi diorang tetap monyok and buat perangai. Sepuluh minit selepas itu dua beradik itu pon  tertidur .Maka aman la dunia mamanya selama sejam sebelum mendarat di negara sang ratu.

3 Penerbangan dalam 2 hari.



Dalam 2 hari ini kami menaiki 3 penerbangan berbeza. Pertama dari Kelantan ke Kuala Lumpur dengan Air Asia. Kedua dari Kuala Lumpur ke Amsterdam dengan MAS dan ketiga dari Amsterdam ke Birmingham dengan KLM.




Travelling begini memang seronok tapi agak memenatkan. Terkejar-kejar dengan masa. Perjalanan yang paling lama dalam kapal terbang tentulah dari KL ke Amsterdam hampir 12 jam. Masuk saja dalam perut kapal terbang rasa excited sebab dapat naik bisness class. Rasanya ini adalah yang pertama dan terakhir dapat peluang sebegini. Syukur Alhamdulillah rezeki. Lega sebenarnya dalam penerbangan yang jauh tu dapat melunjurkan kaki. Kami dilayan mesra dari pramugara  kacak yang bertugas. Okay bila kata kacak tu tentu korang ingat muda kan. No he is old dalam 40an. Chinese man and very friendly. Telah berkhidmat hampir 20 tahun dengan MAS Airlines. Orangnya ramah sibuk bercerita tentang anak anak dia dengan kami. Karektor dia ada macam Chef Wan sikit  and muka macam Chef Ismail sikit dan tegap  macam Aeron Aziz . Huhu boleh bayang tak? Seronok juga  mendengar dia ramah berceloteh.


Seat kami sangat best sebab dapat row paling belakang and the only row yang memisahkan antara bisness class dan economy. Dekat dengan kitchen dan toilet. Terpisah dari orang lain. Privacy sangat. Cuma seat sebelah En hubby aje yang ade foreigner duduk. Bersyukur dapat seat yang terpisah dari penumpang lain. Iyalah incase my twin ni buat hal dapat cover sikit.

 Walaupun pada masa itu dah pukul 12 malam kami still dihidangkan makanan. So makan sahajalah jangan membazir. Makan sambil menonton movie. Rasa bosan cuba layan cerita Earth yang Will Smith dan anak dia berlakon tu. Ingatkan best tapi hampeh. Aisyah dan Khalisah ape lagi agenda cartoon saja lah. Khalisah duduk dengan papa tonton movie Garfield. Adik tonton cartoon Epic. Dalam sejam lepas tu semua org surrender tido. Dua beradik masing masing dah penat dan terlentok. Bagus juga dapat tido coz my twin memang agak cerewet bab tido ni. Kalau tak kena gaya macam macam tantrum akan jadi. Dapat bantal dan selimut apa lagi nyenyaklah kami empat beranak




Bangun pagi dapat tuala panas and breakfast yang yummy. Macam macam jenis air dan breakfast ada di hidangkan . 



Kasihan anak daraku macam tak puas hati sahaja dengan breakfast yang dihidangkan. Actually dia tidak selesa. Iyalah kan dah tido bangun ,tido bangun tapi tak sampai sampai., mana tak gelisah. Cuba bagi dia berlari lari dalam flight tu, mahu menyingai sampai telinga. Nasib baiklah twin ni dah besar, kalau baby lagi haru mama ni nak mengharung 13 jam. Mahu nangis mama silap haribulan tak dapat tido langsung.



 Disebabkan naik MAS tentulah makanan tempatan antara dihidangan isimewa. Nasi lemak. Siap ada intro lagi, ini nasi lemak the best dari Pak Ali. Nak tergelak rasa. I bukan tourist. Balik kampung hari hari bleh makan ni la.Hehe. Sedapla jugak. Cuma pernah makan nasi lemak 70 sen kat kampung lagi sedap. Tak baik komen makanan sedap atau tidak. Ape yang masuk dalam mulut itulah rezeki untuk kita. Biasalah makanan dalam kapal terbang ni okla boleh tahan. What do you expect kan? mereka hanya panaskan sahaja makanan ni. Bukan ada chef pon dalam plane. Nak sedap pi restoran order masakan panas. Tapi layanan MAS memang tip top. Wajibku puji negara sendiri.


 Lepas tu hidangan masakan barat pulak, tak tahulah namanya. Menu yang atas ayam dan yang bawah tu ala ala kebab daging. Sebenarnya banyak hidangan yang di tawarkan, adalah dalam  6 hidangan tapi berapa banyak la yang boleh disumbat dalam perutkan. Lagi pon kami rasa kepenatan so selera makan pon ke laut.
Tapi kelakar betul dengan pramugara tu, sehabis mungkin dia promote agarku cuba rasa kesemua makanan itu. Mana taknya si twin hanya makan roti dan buah-buahan saja. Jadi makanan agak berlebih. Setelah kekenyangan kami menunggu masa untuk mendarat.












Tuesday, 17 September 2013

Berlepas dari KLIA



Alhamdulillah akhirnya tiba juga hari kami berlepas ke Nottingham. Setelah mengharungi dan menyelesaikan visa,lesen dan segala macam benda yang besar sehinggalah yang sekecil- kecilnya. Agak stress juga pada awalnya menguruskan rumah untuk disewa, melupus barang- barang yang tidak perlu, mengurus barang-barang yang perlu dibawa, urusan medical check up,isi borang itu ini dan hantar kereta ke Melaka dan Kelantan. Bukan mudah rupanya nak meninggalkan tanah air sebelum berangkat ke luar negara. Bukan hanya peluh dan kudrat yang mengalir ke bumi, fulus juga mengalir dengan derasnya. Setelah siap barang-barang yang dikemas, ada dalam 9 beg  harta benda kami yang perlu dibawa .

 

Sebenarnya kami mengucapkan selamat jalan bukan hanya di KLIA, tetapi semasa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra lagi. Ma dan aboh hanya menghantar kami setelah sama-sama melawat Ayah Su yang berada di hospital ketika itu. Doa kami semoga Ayah Su cepat sembuh hendaknya. Setelah bersalam- salaman dan mendapat doa restu dari ma dan aboh kami pon memulakan perjalanan. Flight kami berlepas dari Kota Baru ke Kuala lumpur LCCT jam 2:45pm. Tiba pada pukul 4:00pm.

Setelah mendarat dan  urusan mengambil beg selesai, jam pon menunjukkan pukul    5:00 pm. Oleh kerana anak- anak dah lapar kami pon  makan dahulu di situ sementara Encik hubby pergi ke money changer yang berdekatan. Ya kami baru nak menukar RM ke Pound. Lepas half an hour berehat kami ambil teksi airport ke Hotel Holiday Inn. Encik hubby awal- awal lagi sudah  booked hotel untuk anak anak berehat. Maklumlah flight berikutnya pukul 11:55 pm. Kami sampai di hotel jam 6:30 pm. Maka berkampunglah kami di hotel sementara Encik hubby keluar semula ke KL Central untuk menukar RM ke Pound lagi. Ya memang banyak duit cash yang kami bawa sebagai persediaan untuk rumah sewa di sana nanti. Sediakan segalanya awal awal supaya tak kelam kabut nanti.

Setelah mandi-manda dan berehat bersama anak anak kami bersiap semula untuk flight berikutnya. Family dari Melaka pula sampai dua jam selepas itu. Lepas sembahyang  dan berehat kami menaiki bus hotel ke KLIA. Family menyusur kemudian dengan kereta. Sesampai di sana ramai yang telah menunggu. Ayah Cik dan Mak Cik, Pak Uda dan Mak Uda, Asyraf and family, Hanafi n family semua datang untuk mengucapkan selamat jalan pada kami. Sedih mula terasa saat mula bersalam salaman. Sesi air mata mula terjadi bila bersalam dengan ayah dan mak yang sudah tua. Semoga mereka sihat sihat sahaja sepanjang kami diperantauan dan semoga pemergian kami ke negara sang ratu diberkati Allah kerana tujuan utamanya adalah untuk menimba ilmu dan mendapat  pengalaman baru.