Sunday, 20 October 2013

Nottingham : Museum Of Nottingham Life at Brewhouse Yard

Lawatan bersambung dari entry sebelum....

Selepas lawatan kami ke Nottingham Castle kami terus ke Museum Of Nottingham Life at Brewhouse Yard  yang berada di bawah Castle Nottingham. Museum ini memaparkan cara hidup sosial penduduk tempatan di Nottingham sejak lebih 300 tahun dahulu.Pada suatu ketika dahulu komuniti kawasan ini dihuni oleh lebih 20 rumah  dengan populasi seramai 127 orang . Pada hari ini hanya bangunan muzium ini merupakan sebahagian daripada penempatan lama yang masih terselamat dan telah diubahsuai menjadi replika kedai dan bilik lama untuk menempatkan perkakasan yang menunjukkan pekerjaan asal penduduk tempatan Nottingham pada suatu ketika dahulu.












Banyak barang barang lama yang dipaparkan di sini. Antaranya adalah mesin duit lama, perkakasan rumah penduduk tempatan sejak zaman Victoria  seperti dapur arang lama. Ketuhar pembuat roti yang menggunakan arang dan alat perkakasan dapur lama.



Selain daripada itu banyak replika replika kedai lama di paparkan. Antaranya kedai peralatan membuat kasut secara tradisional  menggunakan tangan. Beg beg baju lama yang dibuat menggunakan kulit.




 Ini pula replika kedai ubat dan perkasasan perubatan yang digunakan untuk menyimpan ubat ubatan. Juga merupakan farmasi kecil untuk menghasilkant ubat.





 Kedai rokok dan curut lama ini memaparkan bermacam jenis produk tembakau lama yang disimpan   di dalam tin dan kotak.






Kebanyakan barang barang  yang terdapat  disini adalah untuk memberi pengalaman kepada penduduk tentang cara hidup masyarakat Nottingham sejak lebih 300 tahun dahulu.  Kami berpuas hati dengan lawatan ini dan rasa seperti kembali ke zaman silam melihat khazanah kazanah lama era pemerintahan Victoria.

Nottongham : Nottingham Castle


Hari ni disebabkan cuaca yang agak cerah maka rombongan Cik D pon berangkatlah ke Castle Nottingham. Ada promotion untuk free visit sepanjang week ini and today is the last day. Jadi haruslah  dipujuk Mr Arrogant saya untuk ke sana. Sejak pertama kali terpandang Castle ini teringin sangat nak masuk dan lihat  apa yang ada di situ. Untuk yang tidak tahu Nottingham is the home of Robinhood. Ala cerita fairy tale atau folklore tentang si miskin yang mencuri dari yang kaya tu. Kalau tak silap watak heronya adalah Kevin Costner dengan tajuk Filem Robinhood ( Prince Of  Theives ).Ini adalah salah satu versi kisah Robinhood  yang difilemkan. Kalau tak tonton cerita ini, pasti anda tak tahu tentang Robinhood.














Pandangan dari front gate sangat cantik diikuti ada kawasan lapang berumput dan ada laluan pejalan kaki menuju ke castle dan satu lagi ke kiri menuju ke kawasan gazebo. Disebabkan cuaca di Nottingham ini agak unpredictable, kami mengambil keputusan untuk jelajah castle dahulu. Dari pandangan mata kasar kawasan castle ini di jaga dengan baik, bersih dan sejuk mata memandang.



Nampak macam besarkan castle ni tapi sebenarnya ini hanya tinggal sebahagian sahaja daripada struktur asal  kesan daripada runtuhan semasa peperangan Civil War pada 1657 dan beberapa.lagi peperanagn sebelum itu. Pada satu ketika dahulu iaitu pada kurun ke 17 ia pernah menjadi sebuah mahligai indah yang menjadi kediaman Dukes of Newcastle
                                
Pandangan dari atas Castle Nottingham sangatlah cantik. Cuaca sejuk ditambah pula dengan angin yang kuat, menggigil kami dibuatnya. Dari atas Castle ni dapat dilihat kawasan kawasan sekitar sejauh mata memandang. Memang typical sesebuah istana itu dibina di kawasan tinggi. Pemerintah atau Raja pasti ingin melihat jajahan takluknya dari istana. Pencerobohan dari pihak luar juga dapat dikesan dengan mudah.
                                                        
On the way turun ke bawah kami singgah di sini. Bersebelahan dengan Castle ini terdapat sebuah taman. Kami berkelah dan makan makan sebentar di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Museum pula.
                                         

Kami terserempak dengan pasangan Arab yang sedang bergambar disini. Kami meminta mereka untuk mengambilkan kambar kenangan empat beranak disini.







































































































   
























Saturday, 19 October 2013

Celebrating Aidil Adha.


Hari ini pertama kali beraya di perantauan. Sedih? Tak pula terasa sebab baru lagi berpisah dengan keluarga dan masih lagi teruja dengan kehidupan baru disini. Pendek kata masih dalam zon berasid dengan budaya, cuaca, persekitaran, jiran, bahasa, makanan, matawang and cara hidup di sini. Tapi semua itu dapat dineutralkan dengan adanya jalinan ukhwah yang erat antara community melayu khususnya para pelajar di Nottingham ini. Walaupun tak kenal antara satu sama lain dan pertama kali bertemu hati terus rasa seperti bersaudara. Bertuah rasanya dapat mengenali Community Nottingham disini. Hari ini kami sekeluarga merayakan Aidil Adha bersama mereka. Ramai rupanya warga Malaysia di sini. Kami berkumpul di Fig Tree Nursery di Hyson Green,sebuah nursery berunsur Islamic. 


Macam biasa majlis dimulakan dengan kata kata aluan dari MC bertugas disusuli dengan ucapan aluan dari presiden NMC Dr Nasir dan kemudian ucapan daripada beberapa lagi warga NMC. Kemudian persembahan daripada kanak kanak KAFA tentang perihal berkaitan Aidil Adha.



Terhibur juga kami dengan persembahan dan telatah kanak kanak bawah 8 tahun yang bersahaja itu menyampaikan mesej mendalam melalui persembahan mereka Tiba tiba teringat pula pada kata kata....“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”. Syabas kepada yang berjaya melatih mereka untuk persembahan ini.

Selesai persembahan masa yang ditunggu tunggu pon tiba iaitu masa untuk menjamu selera. Tapi ada selingan ringkas terlebih dahulu kerana keluarga baru seperti kami harus memperkenalkan diri. Terdapat kira kira 10 keluarga baru yang mengikuti pengajian pada tahun ini diperkenalkan. Ada yang telah beberapa bula tiba dan ada juga yang baru pertama kali menjejakan kaki ke Nottingham pada hari tersebut.


Macam macam makanan ada pada jamuan ni. Menu utama daripada kambing korban seperti kari kambing, kurma kambing dan kambing black pepper. Menu lain adalah ayam goreng, ayam masak merah, sayur campur. Kueh bakar, puding ,kek,jelly pendek kata citarasa lidah orang melayu la .Dalca pon ada rasanya. Terubat rindu kat makanan Malaysia. Banyak lagi sebenarnya tapi tak tau nama hidangan. Lauk dah la sedap  makan pula beramai ramai berselera gamaknya. terlupa terus keluarga di kampung :p



Gambar beramai ramai pelajar dan keluarga di Nottingham. Rasanya tidak semua. Ya kami tiada dalam gambar kerana rujuk gambar di bawah. Kebanyakan gambar gambar disini adalah gambar candid sahaja.



Tak tahulah sama ada di jemput atau memang pandai berniaga saudari ini. Ini namanya face painting. Kagum juga  melihat sentuhan tangannya melukis karektor kartun kesukaan kanak kanak dengan cantik dan kemas. My twin sangat teruja dan mahukannya. Jenuh si mama menunggu kerana beratur sangatlah panjang. I want butterfly painting on my face. Bising mulut si adik. Si kakak sudah awal2 lagi tarik diri. Si adik beriya iya.



Si adik tidak tahu bahawa dia tidak boleh mengerutkan muka bila mukanya di lukis. Akibat mengerutkan muka lukisan jadi tak cantik dan bercapuk. At the end si adik menangis, tidak mahu di painting. Tapi ape boleh buat muka telah diwarnakan separuh. Akhirnya jadilah butterfly monster dan bukannya butterfly princess. Sepanjang perjalanan balik adik menjadi bahan usikan kami 3 beranak.




Jamuan bermula pukul 11 pagi dan berakhir kira kira 4 petang. Kami pulang kekenyangan dan gembira dapat menyambut Aidil Adha walaupun menyambut lewat 5 hari dari yang sepatutnya.

Saturday, 5 October 2013

Nottingham City


Hujung minggu kami selalunya dihabiskan di sini. Alhamdulillah rumah kami terletak 5 minit dari kawasan bandar. Pergerakan kami menjadi mudah kerana tambang bas dan teksi yang berpatutan selain pengangkutan awam yang baik. Terdapat banyak tempat bersejarah untuk dikunjungi, Nottingham juga dikenali di UK sebagai syurga membeli belah kerana mempunyai banyak outlet persendirian jenama tempatan. Kami tak appriciate sangat sebab jarang masuk ke outlet tempatan. Mungkin kalau ada sale kami akan masuk :P Selalunya kami ke Primax, Victoria Centre dan Broadmarsh shopping Centre. Selain terkenal dengan sejarah Robinhood, Nottingham pada suatu ketika dahulu terkenal dalam perindustrian pembuatan Lace, basikal dan tembakau. Nottingham juga merupakan bandar kedua terbesar di East Midlands selepas Leicester. Setiap kali berjalan ke Nottingham akan mengingatkan saya kepada bandar Melaka tanah tumpah darahku. Mungkin kerana Nottingham tidak terlalu besar tetapi memadai buat kami . Antara bangunan yang terkenal di Nottingham adalah National Ice Centre dan National Water Sports Centre. Terdapat juga  Test cricket ground antara yang terkenal di  dunia . Dua Institusi pengajian tinggi yang ada  adalah Nottingham Trent University and the University of Nottingham.

 


Ini gambar Nottingham Council House merupakan icon bandar ini. Kubah besar setinggi 200 kaki tinggi merupakan  titik tumpuan bandar ini dan dapat dilihat dari sekitar kawasan Old Market Square. Kalau sesat masa tengah jalan jalan di sekitar kawasan ini, nampak kubah besar ni, tahu la hala tuju yang harus diikuti. Direkabentuk oleh Thomas Cecil Howitt dan dibina antara1927 dan 1929 mengikut cara Neo-Baroque di hiasi dengan tiang tiang besar yang mengelilingi bangunan dengan  ukiran patung.Di dalam kubahnya terdapat loceng jam seberat 10 tan yang dinamakan Little John. Gema loceng ini   dapat didengar sejauh 7 batu dari kawasan sekitar. Gambar -gambar dibawah merupakan gambar kali pertama kami explore sendiri  Nottingham City.




 

Kesimpulannya Nottingham City tidaklah sesibuk Kuala Lumpur. Masa juga tidak terbuang untuk mencari parking. Kami bebas berjalan dan mencuci mata kerana outlet berada di sepanjang kawasan laluan pejalan kaki dan kereta tak dibenarkan masuk. Teksi dan bas merata rata. Tidak hairan lah Nottingham dinobatkan bandar paling effisien City Transport pada 2012.