Wollaton Hall ini dekat sahaja dengan rumah kami. Kalau jalan kaki makan masa setengah jam. Disebabkan cuaca yang baik pada hari tersebut maka kami buat keputusan untuk jalan kaki sahaja.

Setengah jam selepas itu kami pon sampai ke tempat yang dituju. Besar juga kawasan ini. Kawasan lapang yang boleh memuatkan 4 padang bola sepak. Bezanya kawasan ini awalnya landai kemudian agak berbukit.
Dalam kawasan Wollaton Hall ini ada beberapa ekor rusa yang dibiarkan dalam keadaan semulajadi. Walaupun jinak pengunjung di nasihatkan tidak pergi terlalu dekat. Ramai pula jurugambar profesional yang mengambil gambar rusa-rusa yang sedang bersantai ini.
Setelah puas hati posing posing dengan rusa itu kami pun jalan lagi menuju Wollaton Hall. Jalan punya jalan rasa nak duduk pula. Maklum la bawa anak kecil . Bagi dia berehat sekejap.
Akhirnya sampai juga tempat yang hendak dituju.Wollaton Hall ini direkabentuk oleh Robert Smythson dan dibina untuk Sir
Francis Willoughby. Pembinaanya mengambil masa selama lapan tahun sekitar 1588 pada tahun Spanish Armada.Bangunan ini mengikut gaya English Renaissance dan rekabentuk hiasannya dikatakan sebuah karya ulung. Disebabkan kebakaran yang berlaku pada 1642 bahagian dalamnya telah diubahsuai secara keseluruhan dan direkabentuk semula oleh Sir Jeffry Wyatville pada lewat kurun ke 18 dan awal kurun ke 19 untuk Lord Middleton keenam. Rekabentuk luarannya kekal walaupun ada sedikit perubahan dan masih memukau pandangan pengunjung sama seperti pada 1588 dahulu.
Okay mari kita lihat apa ada dalam Wallaton Hall ini. Semenjak dibuka kepada umum pada 1926 ia telah menjadi muzium untuk menyimpan khazanah alam. Apa yang dipaparkan adalah separuh daripada hasil terbaik daripada tiga suku juta specimen yang terdiri daripada bidang zoology geology dan botany. Senang cerita banyak replika atau specimen yang hampir dan telah pupus dipaparkan di sini. Ada yang menarik dan ada juga yang menyeramkan. Bayangkan macam macam jenis burung yang tak pernah kita lihat dipaparkan. Teringat cerita A Night In A Museum. Kalau malam malam binatang dalam ni semua bernyawa , menakutkan sungguh. Tapi kanak kanak sangat enjoy dan rasa teruja. Bising mulut mereka tunjuk sana sini. Ada satu perkataan melayu dalam galeri ni.Cuba teka....orangutan. haha. Ada rangka orangutan dipapar disini. Glamor juga orangutan ini.
Seperti kebiasaan bila sampai ke tempat tempat sebegini apa yang menarik untuk dilihat ialah hasil seni yang dipaparkan. Hiasan cyiling yang unik ini memang memukau pengunjung. Seni yang melambangkan identiti masyarakat pada ketika itu. Nama pun kediaman Sir and Lord. Ala ala kerabat gitu, mahu tidak seperti istana perhiasannya.Entahlah ada juga yang kata ini Elizabethan mansion.
Oh ya lupa pula nak cerita, kalau nak tahu Bruce Wayne a.k.a Batman yang kaya tu pun tinggal kat sini juga. Ya penggambaran cerita Batman dibuat disini. Tiba tiba rasa nak tonton balik cerita Batman. Bilik di bawah ini pon terdapat dalam filem sequel Batman. Di bawah kediaman yang gah ini pula terdapat basement macam tunnel. Tapi kami tak berpeluang melihatnya. Patut la director Batman pilih Wollaton Hall , sebab batman perlukan basement itu untuk simpan segala rahsia dia.
Oh ya lupa pula nak cerita, kalau nak tahu Bruce Wayne a.k.a Batman yang kaya tu pun tinggal kat sini juga. Ya penggambaran cerita Batman dibuat disini. Tiba tiba rasa nak tonton balik cerita Batman. Bilik di bawah ini pon terdapat dalam filem sequel Batman. Di bawah kediaman yang gah ini pula terdapat basement macam tunnel. Tapi kami tak berpeluang melihatnya. Patut la director Batman pilih Wollaton Hall , sebab batman perlukan basement itu untuk simpan segala rahsia dia.
Di atas adalah pandangan sisi belakang bangunan.Akhirnya masa untuk pulang pun telah tiba. Muka kanak kanak berdua dibawah ini keriangan dapat lihat rusa dan lihat replika replika haiwan. Rasanya dalam masa terdekat mungkin kami akan datang lagi. Tempat ini sebenarnya seperti taman rekriasi. Penduduk tempatan datang beriadah,berkelah dan mencuci mata di sini.








