Sunday, 29 December 2013

University Of Nottingham Jubilee Campus


Setelah 2 minggu tak keluar rumah, hari ni kami berjalan sekitar campus Mr Hubby .Dua minggu kami diserang selsema dan demam. Macam past batton. Dengan batuk yang tak tahu bila nak berhenti. Sebab cuaca yang semakin sejuk barangkali. Mama pon blom ronda ronda tempat pertapaan papa. Tempat ni 15 minit jalan kaki dari rumah. Off we go. Area Jubilee Campus ni bangunan moden moden je. So Enjoy the pic.Nasib baik ada tempat  nak letak camera. Bleh la posing empat beranak






Gambar diatas ni gua pertapaan Mr Hubby. Mr Hubby yang berdisiplin masuk opis (Isnin-Jumaat) pukul 9:30 sampai  rumah jam 6:00 petang. Baguslah tu, duduk rumah memang tak  boleh buat kerja. First year mari pulun buat kerja rajin -rajin . Sebab banyak reading nak kena buat.

Wednesday, 25 December 2013

Fun Learning English

Saya selalu mengingatkan diri untuk tidak memaksa anak anak saya belajar. Saya mahu dia belajar bukan atas paksaan tetapi atas kemahuan dan kerelaan diri dia sendiri. Perlu sentiasa kreatif untuk menarik minat mereka mempelajari sesuatu. Agak merunsingkan juga apabila berpindah ke mari . Bimbang anak anak tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dan berinteraksi dengan orang lain dengan lancar kerana masalah komunikasi. Tapi alhamdulillah syukur segalanya dipermudahkan.Sebelum ini walaupun tidak menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi di rumah saya tetap menambah vocabulary mereka sebanyak mungkin ketika berada dirumah. Ini sebagai persediaan asas untuk anak anak sebelum bertutur Bahasa Inggeris secara menyeluruh. Semasa kami mula mula sampai pada 3 bulan yang lalu, anak -anak masih  malu malu untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Tapi setelah tiga bulan berada di sini perubahan telah berlaku sedikit demi sedikit.Salah satu daripada sebabnya adalah cuba mendekati secara lisan. Di sebabkan kami mempunyai banyak masa terluang dirumah saya mengambil keputusan untuk mendekatkan mereka melalui pembacaan. Kami jadikan pinjaman buku dan bacaan sebelum tidur sebagai satu aktiviti rutin.Ini sebagai usaha utama untuk persediaan bagi latihan membaca pula nanti. Selain daripada itu disebabkan kanak kanak suka sangat menonton rancangan animasi maka kami benarkan masa terluang mereka digunakan untuk melihat rancangan tersebut. Antara contoh rancangan animasi yang bagus untuk tontonan  dan latihan komnikasi adalah seperti di bawah Peppa Pig salah satu daripada British children's animated television series. Selain itu Ben and Holly Little Kingdom juga merupakan British animated pre-school children's television series . Selain plot penceritaan yang baik , karektor dan gaya bahasa yang bersahaja dan mudah difahami amat menarik minat  golongan kanak kanak.




 
 



Buat masa ini komunikasi mereka masih di tahap 78% dan masih banyak yang perlu dibaiki. Walaubagaimana pun, sebagai seorang ibu saya cuba sedaya upaya memperbaiki mutu komunikasi mereka agar tidak ketinggalan daripada kanak kanak lain.