Rombongan ke Birmingham kami pada hari itu mempunyai tujuan khas sebab Mr hubby nak pi tonton All England Badminton. Sape sape tak tau apa All England meh kita cerita sikit. The All England Open Badminton Championships.adalah satu daripada perlawanan Badminton yang termasyur atau paling berprestij di dunia. Ia diadakan pada setiap tahun di England iaitu di Birmingham.Seminggu sebelum pergi dah booked tiket so hujung minggu tu pakat berduyun duyun pegi. Dalam 9 orang yang pergi tu hanya 2 orang je yang ada tiket. Mereka yang takde tiket bolehlah bershopping sakan and jalan -jalan cari makan di Bullring Shopping Centre wokeh ngeh ngeh.
Ha....tu dia. Pakat bersemangat waja siap pakai jersi Malaysia. Tak cukup lagi mari kita pikul bendera Malaysia. Sajalah nak bagi semangat pada Chong Wei. Alhamdulillah Lin Dan tak dak. Menanglah Chong Wei. Tak sia sialah pergi. Tu dia Mr hubby, dari mana datangnya semangat kesukanan tu sampai nak pi stadium Nasional Indoor Arena tak taulah chek.Nampak macam best saja tonton live, rasa cam nak ja pi tonton tahun depan.
Rombongan kali ni pergi dengan family kak Raihan. Ramai ramai baru rasa seronok. Ke hulu ke hilir kami redah city. Berapa kali keluar masuk kedai mainan. Maklumlah majoriti kanak kanak bawah umur, maka itulah sahaja minatnya. Oh ye ada satu lagi minat mereka, makan dan ice cream. Cuaca yang dah mula panas,memang nyaman untuk mengambil angin.
Habis perlawanan malam tu kami fefeeling western dekat Tinseltown. Hmm so yummy rasa nak pegi lagi.
Kami pasti akan terjah Birmingham lagi sebab tak sempat explore langsung apa adanya di sana.Walau apapun kami rasa seronok dapat menjejakkan kaki ke Birmingham .












