Tuesday, 21 January 2014

Student UN kena Rompak


Ada perkhabaran buruk telah berlaku pada salah seorang student Malaysia yang menuntut di UN.Seram seriau sekejap tatkala mendapat perkhabaran tersebut. Dirompak oleh sekumpulan kanak kanak mungkin nampak remeh tetapi jika melibatkan pisau dan pistol nampak macam perompak dalam tv pula. Walaupun di kategorikan kanak kanak kita harus mengambil kira kanak kanak warga tempatan di Britain ni tidak sama saiznya seperti kanak kanak di Malaysia. Jika usia mereka yang menyerang dikatakan semuda 12 tahun, badan mereka nampak seperti 17 tahun. Walaupun mangsa yang diserang agak gagah, tetapi jika 3 lawan 1 ditambah dengan senjata, mahu bermandi darah juga. Kejadian dikatakan berlaku di Derby Road kalau tak silap. Dicederakan beberapa kali di sekitar badan dan kepala dengan pisau kerana cuba mendapatkan kembali barang barang yang diambil. Cuaca yang agak cepat gelap pada musim winter merupakan 1 daripada kelebihan untuk melakukan aktiviti rompakan. Mangsa pula berjalan berseorangan , menjadikan dia sasaran yang tepat untuk diambil kesempatan. Kaedah operandi yang digunakan adalah sangat simple iaitu cuba bertanyakan waktu.Sibuk nak melihat jam...kapish..ROMPAK...Gundah gulana la jiwa sebab hubby pon gemar balik lambat ,selagi tak gelap tak balik.NAsib baik si mangsa ada juga yang sudi membawanya ke QMC, walaupun ketika kejadian mangsa cuba melawan dan mengejar perompak ,tapi tiada siapa yang membantu. Mesti orang yang lalu lalang pon blur tak tau hujung pangkal...melihat aksi kejer kejar dengan budak basikal. Atau maybe takut  nak masuk campur. W

No comments:

Post a Comment