Wednesday, 19 March 2014

Birmingham : All England Badminton 2014

Rombongan ke Birmingham kami pada hari itu mempunyai tujuan khas sebab Mr hubby nak pi tonton All England Badminton. Sape sape tak tau apa All England meh kita cerita sikit. The All England Open Badminton Championships.adalah satu daripada  perlawanan Badminton yang termasyur atau paling   berprestij di dunia. Ia diadakan pada setiap tahun di England iaitu  di Birmingham.Seminggu sebelum pergi dah booked tiket so hujung minggu tu pakat berduyun duyun pegi. Dalam 9 orang yang pergi tu hanya 2 orang je yang ada tiket. Mereka yang takde tiket bolehlah bershopping sakan and jalan -jalan cari makan di Bullring Shopping Centre wokeh ngeh ngeh.



Ha....tu dia. Pakat bersemangat waja siap pakai jersi Malaysia. Tak cukup lagi mari kita pikul bendera Malaysia. Sajalah nak bagi semangat pada Chong Wei. Alhamdulillah Lin Dan tak dak. Menanglah Chong Wei. Tak sia sialah pergi. Tu dia Mr hubby, dari mana datangnya semangat kesukanan tu sampai nak pi stadium Nasional Indoor Arena tak taulah chek.Nampak macam best saja tonton live, rasa cam nak ja pi tonton tahun depan.





Rombongan kali ni pergi dengan family kak Raihan. Ramai ramai baru rasa seronok. Ke hulu ke hilir kami redah city. Berapa kali keluar masuk kedai mainan. Maklumlah majoriti kanak kanak bawah umur, maka itulah sahaja minatnya. Oh ye ada satu lagi minat mereka, makan dan ice cream. Cuaca yang dah mula panas,memang nyaman untuk mengambil angin.




Habis perlawanan malam tu kami fefeeling western dekat Tinseltown. Hmm so yummy rasa nak pegi lagi.
Kami pasti akan terjah Birmingham lagi sebab tak sempat explore langsung apa adanya di sana.Walau apapun kami rasa seronok dapat menjejakkan kaki ke Birmingham .


Thursday, 6 March 2014

Derby : The Height Of Abraham







      Ok mood nak menaip terpaksa di adakan sebab banyak sangat entry tertangguh. Maklumla si twin dah start sekolah so need to manage the time wisely. Orang kata housewife banyak masa, tapi , actually masa kerja housewife tak pernah berhenti bermula dari celik mata pagi sampaila tutup mata nak tido. 

        Ok this is our first trip with the new car. Hehe. Jalan dekat dekat saje sebab baru nak testing kereta ni. hopefully tak buat hal.Trip to Matlockbath Derby takes about an hour. Just 21 miles from our home.The view is magnificent..ok abit exagerating kan situ. Haha Maklumla dah berapa bulan duk Notts ni baru first time keluar.












 We packed our lunch siap siap hari tu. Mood picnic ada lagipon nak menuju ke Heights of Abraham. Mr hubby kata mood nak ambil angin kat luar bandar. Do you know that the view between Nottingham and Stratford is the most beautiful ?  So sampai dalam pukul 10:30 pagi. We park near the Matlockbath Train Station . Then we need to walk across the railway path. Menyusur jalan kecil menuju ke Cable car. Yes macam adventure sikit. Kalau bawak anak anak kecil kenalah consider supaya trip tu diorang dapat enjoy. Ticket fee for adult  14 pound. Child below 5 free. Family ticket pon ada. Ticket price to include naik turun cable car , 2 guided  cave tour and all the exhibition kat atas tu. Sebelum pegi make sure tgk website http://www.heightsofabraham.com. Takut tutup pulak nanti sia sia jek jalan jauh jauh. Enjoy the pic from our trip.

















Tuesday, 25 February 2014

First Day School


Masa berlalu dengan begitu pantas . Anak anak mama dah masuk sekolah. Tak menangis pun first day school. Tapi balik awal hari tu . Masuk pukul 8:55 balik pkul 12 tgh. Cikgu tak bagi balik, dia kata adik kakak sangat friendly. I am soooo proud of you.Sunyi rumah bila adik kakak takde. Balik school bising bercerita pasal sekolah. Buat kan card untuk mama papa.I really love your school uniform. Merah , ceria dan padan dengan adik kakak. Papa pon pi school lambat, tak nak ketinggalan hantar princesses untuk first day.


Tuesday, 11 February 2014

Meeting The Teacher




 Hari ini jumpa cikgu adik kakak. Nama mereka Miss Starza and Miss Cromwell. Bercerita perihal adik kakak yang nampak seperti kanak kanak riang ria. Suka betul main playdoh. Mereka sangat suka melihat keakraban adik kakak yang get along pretty well.Walau macam manapun untuk bina keyakinan diri dengan lebih baik mereka bercadang merenggangkan sedikit hubungan adik kakak dengan cara meletakkan mereka dalam kumpulan berbeza. Ini supaya dapat kawan baru, taka delah asyik main dua orang aje.Masa observe adik kakak , mereka tahu kakak lah leader. The brain yang ada banyak idea. Adik pula sangat ladylike and soft. Disebabkan adik kakak tak pernah berenggang dari mama mereka cadangkan untuk awal persekolahan supaya adik dan kakak balik awal dari kebiasaan.Mama tiada masalah ikut sahaja. Ini supaya perasaan suka ke sekolah tidak luntur ,maklumlah first day tanpa mama. Jangan nangis sudahlah. Balik ini kena buat persiapan beli baju sekolah pula. Sekolah start lagi 2 minggu.Lagi dua minggu jadual family kita ada perubahan sedikit.



Monday, 3 February 2014

Good News Finally


Hari ini macam biasa mail datang bertubi tubi. Tinggal di UK ni banyak betul junk mail yang masuk dalam letter box. Kalau bukan flyer dari shopping mall mesti dari kedai pizza . Jika bukan dari kedai pizza mesti dari council yang suruh bayar cukai, kalau bukan juga pasti surat surat untuk owner terdahulu dari kami yang menetap di rumah ini. Dari bulan November surat yang ditunggu gunggu tak juga kesampaian. Surat apa? mestilah surat approve dari school admission untuk kakak n adik. Entah berapa banyak email dan call yang mama buat untuk bertanyakan status sekolah untuk mereka. 

Kadang kadang temperature pon bleh naik coz banyak tekanan dari sana sini. Dari si kecik yang nak sangat pegi school sampaila ke papa yang concern sangat pasal anaknya. Huh mama yang call n email pon kadang kadang sesak nafas. Walaumacam manapon masih cuba control tatasusila agar tidak kedengaran rude samada dalam penulisan email atau phone call. Agak agak darah nak menyirap jer, saiko diri sendiri...yang mereka hanya menjalankan tugas. Marah pon tak guna. Sampaila satu phone call heart to heart yang akhirnya berkesan. Lepas ni kalau nak sambung PHD baik sambung dalam bidang saikologi..Bukan apa, kadang kadang waiting list untuk masuk school agak tak masuk akal. Dah elok elok dalam giliran bleh plak main rombak rombak. Boleh plak ada appeal session. Nak tempat untuk school jek bukan nak the best school pon. Dah banyak kali surat sampai semuanya menghampakan.

So di pagi yang hening bila ada 2 surat dari school admission sampai , mama dah tak heran. Satu sampul tebal. Satu sampul nipis sangat. Email terakhir dari school admission kata ada kemungkinan dapat jika apply di Dunkirk. Itu dah kira tawakal dah mintak sana walaupun jauh. Mengenangkan anak, jauh pon jauh lah. So mama pon bukak surat yang nipis dulu. Isinya hampeh. Surat dari Bentick Primary. Dah mula malas dah nak bukak surat lagi satu. Dahla tebal , dulu pernah dapat sampul tebal ni isinya suruh buata appeal. Akhirnya bukak jugak walaupon dah malas malas rasa nak buang jek surat tu. Dalam hati , UK ni kata nak save the earth surat bagi setambun, membazir akhirnya pasti kubuang. Email jer la kalu tak nak bagi bad news. Skali terbuntang mata ..kenapa tak percaya? Hambil kau terus ada meeting session antara parent dan school lagi. Ini sudah bagus. Check tarikh meeting ..eh hari ni la. Masa pukul 1:30tgh. Tengok jam pukul 10 pagi. Ni mesti kes surat lambat sampai.. Nasib baik tak jauh. Apa lagi call papa inform, then cepat cepat pegi. 

Sampai school rasa happy sangat. Clerk yang jaga tu muslim and dia happy sangat  sebab dia risau surat lambat sampai. Dia bagi tau dia ada msg .Haha. no telepon dah tukar. Nasib baik mama alert. Ramai jugak parents yang datang. Dapatla berkenalan dengan guru besar, and penolongnya. School pon bagus baru. Facilities sangat baik. Adik dan kakak pon nampak happy. Kami tour skolah. Puas hati sangat.  Akhirnya penantian selama hampir 4 bulan terjawab. Ketentuan Allah itu lebih baik.  Balik dapat fail bawah ni. Bukan anak yang baca tapi emaknya.


Di bawah ini adalah aktiviti adik kakak sepanjang homeschool di rumah dengan mama. Aktiviti di Radford and Lenton Library, aktiviti di Radford Children Center and all the playground samada di Lenton , Radford and Hyson Green. Memang puas hati la. Kami dah guna semua facilities di sini. Cuma John Carroll Leisure Centre jer tak pi lagi. Maybe summer ni adik kakak bleh blajar swim di situ.














Tuesday, 21 January 2014

Student UN kena Rompak


Ada perkhabaran buruk telah berlaku pada salah seorang student Malaysia yang menuntut di UN.Seram seriau sekejap tatkala mendapat perkhabaran tersebut. Dirompak oleh sekumpulan kanak kanak mungkin nampak remeh tetapi jika melibatkan pisau dan pistol nampak macam perompak dalam tv pula. Walaupun di kategorikan kanak kanak kita harus mengambil kira kanak kanak warga tempatan di Britain ni tidak sama saiznya seperti kanak kanak di Malaysia. Jika usia mereka yang menyerang dikatakan semuda 12 tahun, badan mereka nampak seperti 17 tahun. Walaupun mangsa yang diserang agak gagah, tetapi jika 3 lawan 1 ditambah dengan senjata, mahu bermandi darah juga. Kejadian dikatakan berlaku di Derby Road kalau tak silap. Dicederakan beberapa kali di sekitar badan dan kepala dengan pisau kerana cuba mendapatkan kembali barang barang yang diambil. Cuaca yang agak cepat gelap pada musim winter merupakan 1 daripada kelebihan untuk melakukan aktiviti rompakan. Mangsa pula berjalan berseorangan , menjadikan dia sasaran yang tepat untuk diambil kesempatan. Kaedah operandi yang digunakan adalah sangat simple iaitu cuba bertanyakan waktu.Sibuk nak melihat jam...kapish..ROMPAK...Gundah gulana la jiwa sebab hubby pon gemar balik lambat ,selagi tak gelap tak balik.NAsib baik si mangsa ada juga yang sudi membawanya ke QMC, walaupun ketika kejadian mangsa cuba melawan dan mengejar perompak ,tapi tiada siapa yang membantu. Mesti orang yang lalu lalang pon blur tak tau hujung pangkal...melihat aksi kejer kejar dengan budak basikal. Atau maybe takut  nak masuk campur. W

Saturday, 18 January 2014

University Of Nottingham ( The other Campus)


Hari ini kebetulan kelas KAFA ada buat jualan kami pun selepas itu mengambil kesempatan jalan jalan Campus induk untuk cuci mata dan bawa the twin bergumbira jalan jalan.